Quantcast
Channel: TRANSFORMASI 13
Viewing all 48 articles
Browse latest View live

#SheikhNafiq4Exco: Ikon Belia Juga Perlukan Ruang Untuk Bertanding Exco..

$
0
0
Difahamkan hampir 200 orang menawarkan diri untuk mengisi tempat sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Tapi yang aku tahu terbukti berjaya melaksanakan tugasan atas kapasiti pemuda adalah saudara Armand Azha yang lain aku belum yakin mereka merupakan pemuda yang berkesan di peringkat bahagian.
Persoalan aku, adakah individu yang menawarkan diri bertanding EXCO tu merupakan jentera yang terbukti melaksanakan tugasan mereka atas kapasiti pemuda di peringkat bahagian?

Jawapannya ialah TIDAK SEMUA!!

Menurut pemerhatian, aku cuma nampak selain Armand Azha yang namanya sudah cukup dikenali, antara calon yang betul-betul berpotensi ialah Sheikh Nafiz Alfirdaous, siapa dia ni? baca dibawah:

TRANSFORMASI 13:


Menjelang pemilihan UMNO 2013 selain kerusi nombor dua dalam Pergerakan Pemuda UMNO, antara yang menarik perhatian ramai pihak adalah perebutan jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Sehingga ke hari ini penulis difahamkan lebih 80 individu dikatakan menawarkan diri untuk memegang jawatan exco dalam pergerakan pemuda.
Kali ini penulis tertarik dengan Sheikh Nafiq yang juga Tokoh Belia Negara 2009 yang turut menawarkan diri bertanding jawatan exco pemuda.

Penulis akan dapatkan perincian gerak kerja yang telah dilakukan oleh Sheikh Nafiq sebagai Pengerusi Biro Ekonomi & Keusahawanan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pulai, Johor.
Jika diteliti dari profil yang diberikan, penulis merasakan Sheikh Nafiq antara salah seorang individu yang perlu diberi ruang untuk memegang jawatan exco pemuda UMNO.

Facebook Sheikh Hanafi Alfirdaous [KLIK]

Kebanyakan calon yang menawarkan diri untuk bertanding EXCO merupakan orang yang tidak buat kerja di peringkat bahagian. Bukan niat nak naikkan Si Sheikh Hanafi ini, tapi jika difikir secara logik, dia merupakan Mantan Ikon Belia 2009, wajar tak kalau dia merupakan jentera yang 'pemalas' di peringkat bahagian?

Dengan latar belakang (rujuk gambar) yang begitu positif, aku yakin dia patut diletakkan di kerusi exco bagi menggantikan exco-exco yang lama.




#PemilihanUMNO2013: Timbalan Ketua UMNO Ketereh Tawar Diri Bertanding Majlis Tertinggi.

$
0
0
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Md. Alwi Che Ahmad hari ini menawarkan diri bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas berkata, keputusan tersebut dibuat semata-mata untuk menyumbang kepada parti.

“Setelah melihat ramai tokoh negeri menarik diri dalam pemilihan kali ini, saya mula terpanggil untuk bertanding jawatan ini memandangkan banyak kekosongan yang ada.

“Saya adalah calon ketiga bagi mewakili negeri Kelantan setakat ini selepas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa,” katanya kepada pemberita dalam majlis Penyampaian Kupon Pemberian Baja dan Peralatan Pertanian di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), Jaya Peringat di sini semalam.

Md. Alwi berkata, keputusan ini juga diambil bagi menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta supaya ramai muka baharu tampil menganggotai MT pada pemilihan kali ini.

“Saya menawarkan diri untuk menyahut seruan ini bagi membuktikan pemimpin-pemimpin baharu juga berupaya membantu menguat serta mengukuhkan lagi jentera parti.

“Jadi, inilah masa yang sesuai untuk saya menawarkan diri bagi jawatan ini setelah 11 kali menjadi jurucakap dalam perhimpunan UMNO dan terhenti setakat itu sahaja,” katanya yang telah bersama UMNO sejak tahun 1986 lagi.

Menurut Md. Alwi, beliau turut berharap agar diberi peluang untuk menjadi salah seorang daripada 25 ahli MT keseluruhannya selepas menarik diri pada pemilihan lalu.

“Di samping memilih tokoh lama yang sedia ada, apa salahnya jika memberi peluang kepada beberapa pemimpin muda bagi memegang jawatan berkenaan.

“Saya harap keputusan ini mendapat sokongan memandangkan pemilihan kali ini adalah terdiri daripada ahli parti dan bukan daripada perwakilan,” katanya. - PILIH MEMILIH

#PemilihanUMNO: Benarkah Ku Li Lepaskan Jawatannya??

$
0
0

Setiap kali menjelang pemilihan UMNO ramai yang 'mengintai' gerak langkah Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini kerana beliau mempunyai rekod beberapa kali bertanding jawatan Presiden UMNO.

Beliau juga kini memegang rekod sebagai seorang Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen yang paling lama sekali memegang jawatan.

Jadi kemana hala tuju veteran UMNO ini kali ini.

Pemilihan UMNO kali adalah terbuka dan tidak memerlukan sebarang pencalonan seperti masa lampau.

Ini bermakna beliau hanya perlu mendaftar diri untuk bertanding mana-mana jawatan bermula dari 7 September ini hingga 28 September.

Apapun satu teka teki terjawab.

Beliau umum keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk beri laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak

Katanya PRU13 merupakan pilihan raya terakhir baginya.

Beliau beritahu demikian kepada wartawan selepas bermesra dengan penduduk orang asli, di Kampung Lambok, di Gua Musang, Khamis.

Cuma beliau enggan ulas apakah akan bertanding tidak jawatan di barisan kepimpinan UMNO di pusat.

Tengku Razaleigh meminta semua orang menunggu jawapan itu pada tarikh akhir penamaan calon jawatan Majlis Tertinggi UMNO pada 28 September.

Katanya beliau akan umum pada tarikh berkenaan. - AGENDA DAILY

#OneBro4NKP: Apakah Pendapat @azwanbro Mengenai Isu Kenaikan Harga Petrol Di Negara Kita? MUST READ!!

$
0
0
Kelmarin YAB Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen, pada asasnya harga tersebut ditentukan oleh keseimbangan permintaan dan penawaran. Harga akan naik jika ada permintaan bertambah atau penawaran berkurang dan begitulah sebaliknya.

Kenaikan harga kelmarin pasti memberi kesan yang ketara ke atas cara hidup sebahagian besar rakyat Malaysia. Kenaikan ini bertujuan untuk mengurangkan beban negara dan berpunca dari faktor kenaikan harga minyak mentah dunia sehingga menyebabkan faktor kenaikan harga minyak ini diputuskan oleh kerajaan.

Rantaian kenaikan berkenaan pasti akan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Sekiranya ini benar berlaku, keadaan yang meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil.

Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini. Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna.

Dalam hal ini saya menyarankan masyarakat mengambil tindakan yang lebih berhemah dan berjimat-cermat dalam perbelanjaan seharian serta mengambil pendekatan yang lebih rasional bagi mengurangkan beban kesan daripada kenaikan harga bahan bakar ini. Tambahan pula, minyak yang sudah sinonim dengan isu kepenggunaan adalah merupakan asas penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Pengurangan subsidi ini perlu diterjemahkan oleh kerajaan dalam bentuk penyaluran dana yang lebih besar bagi membantu meringankan beban rakyat Malaysia. Usaha-usaha berkenaan seharusnya memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan keterbawahan dan miskin kerana kelompok berkenaan yang akan menghadapi kesulitan besar ketika kenaikan harga bahan bakar ini. Kerajaan boleh mengambil pendekatan sepertimana yang disarankan di dalam Al-Quran bagi mengelakkan kesusahan melampau ketika berlakunya sesuatu krisis.
Mekanisma yang sistematik, adil dan lestari perlu diperkenalkan supaya negara mempunyai kekuatan kewangan yang cukup untuk berhadapan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada masa akan datang. Perbelanjaan yang tidak memberi faedah kepada kehidupan rakyat hendaklah dikaji semula. Begitu juga dengan projek pembangunan yang berjumlah jutaan ringgit hendaklah dinilai kembali pelaksanaannya ketika ini supaya kos pembangunan negara dapat digunakan secara optimum.

Kerajaan juga perlu mendengar maklum balas daripada rakyat Malaysia dan memberi tindak balas segera supaya keresahan mereka tidak menambah beban kepada kehidupan yang dilalui pada masa ini. Contohnya dengan membuat penyelarasan tarif elektrik, tarif dan kadar-kadar caj perkhidmatan telekomunikasi, air, tambang pengangkutan awam, yuran kesihatan, pendidikan dan perumahan supaya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana kurang terbeban. Selain itu cadangan untuk mengkaji semula semua bayaran yang dikenakan dalam sektor pengangkutan bagi menghalang kenaikan harga adalah amat wajar dilakukan.

Tindakan memberi potongan harga kepada barang-barang keperluan pengguna agar dijual dalam kadar harga yang berpatutan juga wajar bagi menggalakkan perbelanjaan rakyat. Maka tindakan memperkasakan dasar pertanian perlu digalakkan agar negara berupaya mengeluarkan produk bahan keperluan isi rumah secara aktif hingga mampu menampung permintaan kepada sesuatu bahan. Dengan memastikan pengawalan harga bahan keperluan hasil pengeluaran selari dengan permintaan akhirnya akan memberi kesan kepada kelancaran ekonomi.

Teori ekonomi Ibnu Khaldun pernah menyatakan, untuk meningkatkan perbelanjaan rakyat, maka pengurangan bebanan seperti cukai dan harga minyak perlu dilakukan. Pemberian subsidi daripada kerajaan kepada peniaga sangat penting khususnya golongan yang kurang mampu bagi memastikan mereka tidak menaikkan harga barang dan akhirnya masyarakat akan mudah berbelanja mengikut kadar kemampuan. Manakala bebanan rakyat seperti kadar cukai, harga minyak, dan sebagainya sekiranya berjaya dikurangkan, ia akan menggalakkan lagi rakyat berbelanja atau kita panggil sebagai pendapatan boleh belanja.

Saya yakin bahawa kerajaan akan terus memilih pendekatan berjimat-cermat bagi mengekang kenaikan harga bahan bakar supaya penjimatan kos dapat dilakukan dengan sebaik mungkin di samping memikirkan altenatif lain yang lebih bijak bagi menangai permasalahan ini. Hak dan kebajikan rakyat akan lebih terjamin dengan kesepakatan dan permuafakatan yang dibuat hasil dari penelitian yang jitu.

Kita perlu bersyukur di atas segala rahmat kurniaan Allah s.w.t. yang menjadikan setiap rakyat dapat menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Sekiranya pembaziran berlaku hak kehidupan yang lain akan terhalang, kemusnahan dan penindasan akan berterusan. Hal ini mengingatkan saya cerita ketika di zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab’. Ketika itu berlaku kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab antara tahun 17H dan 18H iaitu selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah ini di samping kecemerlangannya dari sudut pendirian dan sikap.

Sehingga diceritakan pada suatu ketika ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”.

Begitulah contoh teladan yang kita boleh ambil sebagai pengajaran. Sekiranya kita berusaha berjimat-cermat dan merasai penderitaan yang lain dengan berusaha membantu dan mencari penyelesaian, mudah-mudahan masalah yang timbul akan terungkai.

Namun perlu diingat bahawa isu ini, kesan dan penderitaan yang melanda masyarakat bukan hanya sekadar untuk menjadi bahan rintihan atas kesempitan dan bebanan yang dilalui lantas mencari jalan untuk saling menyalahi dan menunding jari. Walaupun hakikatnya perancangan dan keputusan ini melibatkan pihak kerajaan, tetapi ada yang lebih berhak dalam menentukan sesuatu perkara yang sebenarnya berada di luar penguasaan kita semua sebagai hamba kepada Maha Pencipta.

Semua golongan dan peringkat perlu mengambil perhatian dalam menangani isu ini agar penyelesaian yang lebih berkesan dapat diperolehi. Merasai, memahami dan menginsafi setiap permasalahan yang berlaku dengan pandangan yang lebih luas dan menyeluruh, mengajak diri untuk mencari kelemahan dan kekurangan diri. Semoga kita semua dapat menikmati kesenangan dan kebahagian kurniaan Allah s.w.t. di muka bumi ini dengan aman, harmoni lagi diberkati. - SOURCE

#TeamPemuda : 4 Calon Pemuda Dalam Majlis Tertinggi Bakal 'Meremajakan' UMNO

$
0
0




Keempat-empat pemimpin Pemuda UMNO yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti Oktober ini yakin mampu memberi sumbangan berguna khususnya dalam membawa hasrat orang muda sekiranya terpilih.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerima dengan hati terbuka pencalonannya untuk bertanding jawatan itu dan menyifatkannya sebagai proses meremajakan UMNO.

"Proses ini sering dilaung-laungkan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengumumkan empat pemimpin utama sayap itu bertanding jawatan MT iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali IbrahimDatuk Seri Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO; Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz.

Sementara itu, Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan pencalonan tersebut sebagai amanah yang perlu dipikul oleh semua calon.

"Pencalonan ini juga dilihat sebagai proses transformasi UMNO khususnya dalam membawa suara orang muda di peringkat MT.

"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin jika dipilih nanti," ujarnya.

Sohaimi pula menegaskan, pencalonan tersebut perlu dilihat sebagai satu lembaran baharu kepada pemimpin muda untuk membawa suara orang muda dengan lebih berkesan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda dan barisan Exco yang memberi sokongan penuh kepada kami untuk bertanding jawatan MT.

"Saya yakin dengan kombinasi pemimpin senior dan muka baharu bakal memberi perspektif segar dalam mesyuarat MT nanti jika dipilih,"jelasnya.

Bagi Tun Faisal pula, peluang tersebut dilihat sebagai satu kaedah untuk meremajakan UMNO mengikut kehendak generasi muda.

"Sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada golongan muda menyertai MT dan seterusnya mampu memberi kelainan dalam parti.

"Saya berjanji akan menggunakan pengalaman dan ilmu khususnya di dalam media baru untuk bersama-sama memperjuangkan suara golongan muda," katanya. -UM

TANDING KERUSI PENGERUSI: '1-By-1 Battle' Bakal Tercetus Dalam GERAKAN Pulau Pinang.

$
0
0
Jawatan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Teng Chang Yeow serta Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan negeri, Baljit Singh pada pemilihan parti 15 Sept ini.

Proses pencalonan yang turut membabitkan enam kerusi anggota jawatankuasa serta lima wakil nasional itu berlangsung di ibu pejabat Gerakan di Jalan Macalister di sini, ditutup pada 12 tengah hari tadi.

Sebanyak 14 calon menyerahkan borang pencalonan masing-masing bagi merebut enam tempat sebagai anggota jawatankuasa negeri.

Mereka ialah Dr Lim Boon Ben, Goh Kheng Sneah, Dr Thor Teong Gee, Tan Kah Leong, Ng Siew Lai, M. H. Puvaniten, Sim Song Goun, Lee Boon Ten, Teh Kheng Siong, Heah Theng Hwang, Teoh Hang Chong, Choo Chin Nam, H'ng Khoon Leng dan Yew Khean Siang.

Sebanyak lapan calon pula bertanding untuk mewakili Gerakan Pulau Pinang ke persidangan perwakilan peringkat pusat yang akan berlangsung pada 26 Okt depan.

Mereka ialah Dr Teng Hock Nan, Ooi Ah Bee, A. R. Velu, Tan Chuan Koon, Chan Kim Beng, Tan Chee Heong, Tian@Thain Hang Wei dan Chuah Seong Lee.

Bercakap kepada pemberita selepas pencalonan itu, Teng berkata beliau bertanding kerana mahu membina dan memulih parti tersebut dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Gerakan.

"Anggota akar umbi meminta saya kembali dalam hierarki kepimpinan parti," katanya.

Pada 5 Mei lepas, Teng mengumumkan peletakan semua jawatan dalam parti dan Pengerusi BN Pulau Pinang berikutan kekalahan teruk Gerakan di negeri itu pada pilihan raya umum lepas.

-- BERNAMA

#PAU2013 : Ramai Orang Besar UMNO Panas Punggung Dengan Kenyataan Nur Jazlan?

$
0
0

Apabila Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed mengatakan rakyat sudah muak dengan UMNO berikutan janji untuk berubah yang dilafazkan sebelum pilihanraya tetapi tidak ternampak perubahan sebaik memenangi pilihanraya, ungkapan beliau itu bagaikan renjatan elektrik bagi sesetengah orang. Sementara ramai yang bersetuju, ada pula yang tersinggung, terasa hati, malah marah kepadanya.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz bersetuju dengan pandangan Jazlan bahawa UMNO mesti berubah untuk kekal relevan. Bagaimanapun Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein menyelar pandangan Jazlan itu dan menyifatkan sebagai usaha menarik perhatian menjelang pemilihan UMNO berikutan Jazlan mengumumkan mahu bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO kali ini.

Bagi Hishammudin juga, pandangan Jazlan itu jelas tidak tepat dan tersasar dari hakikat yang sebenarnya berikutan UMNO masih mampu mencapai kejayaan membanggakan iaitu sebanyak 88 kerusi daripada keseluruhan 133 kemenangan BN dan di sebalik parti-parti lain mengalami kemerosotan sokongan....

Di media sosial pula, ada juga mengutuk Jazlan berikutan pandangannya itu. Ada yang mengatakan, kalau sudah muak buat apa beliau mahu bertanding MT UMNO dan ada juga yang mengatakan pandangannya itu sebagai luahan rasa kecewa kerana tidak dilantik sebarang jawatan dalam kabinet meskipun sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen.

Jazlan yang juga Pengerusi Kira-Kira Wang Negara atau PAC mungkin menilai rasa muak rakyat terhadap UMNO dalam konteks yang lebih luas dan tidak semata-mata berdasarkan kemampuan memenangi kerusi dalam pilihanraya sahaja seperti yang difahami oleh Hishammuddin. Jika jumlah kerusi yang diambil kira, memanglah UMNO dan BN masih memang tetapi haruslah juga disedari bahawa kemenangan BN dalam pilihanraya lalu hanya disumbangkan oleh 47 peratus undi rakyat sahaja sedangkan pembangkang yang memenangi 89 kerusi meraih lebih 51 peratus undi.

Kemenangan undi rakyat atau undi popular ini menunjukkan bahawa rakyat mempunyai iltizam yang tinggi untuk menukar kerajaan dan menolak BN tetapi hanya diselamatkan oleh sistem pilihanraya yang digunakan. Jika undi popular ini digambarkan sebagai rasa muak rakyat dan mungkin memberi keputusan yang lebih buruk dalam piliharaya akan datang berikutan banyak janji-janji untuk berubah tidak ditunaikan, pandangan Jazlan nyata ada kebenarannya. Tidak mustahil penolakan rakyat menjadi bertambah besar lagi.

Sebelum pilihanraya, ramai pemimpin dan menteri-menteri yang menjadi kebencian rakyat dan diberikan isyarat agar ditukar tetapi sementara sebahagian kecil ditamatkan khidmatnya, ramai lagi yang dikekalkan. Malah yang tidak diberi bertanding, diberi pula jawatan lain yang bertaraf menteri. Yang tidak sepatutnya jadi menteri, dijadikan menteri. Yang sepatutnya pencen, disambung lagi khidmatnya di arena yang lain pula.

Secara puratanya, penonjolan pemimpin muda masih lagi terbatas. Najib dilihat masih tidak mempercayai tenaga muda dalam pentadbirannya sedangkan itulah sebahagian daripada janji perubahan yang dilafazkannya.

Keadaan ini bukanlah yang dikehendaki oleh rakyat dan ahli UMNO. Zaman ini dan zaman akan datang adalah masa untuk anak-anak muda ditonjolkan sebagai pelapis. Jazlan mungkin ada rasa kecewa dalam dirinya tetapi beliau juga mewakili pemimpin-pemimpin muda lain yang turut rasa terabai dan dipandang sebelah mata oleh pucuk pimpinan.

Selain janji untuk berubah dari segi menampilkan golongan muda yang tidak ditunaikan, rasa muak rakyat yang digambarkan Jazlan juga mungkin berdasarkan pemerhatiannya mengenai gelagat pemimpin dalam kerajaan sendiri yang seperti tidak mengambil iktibar atau pengajaran daripada keputusan pilihanraya lalu. Selepas pilihanraya, masih ramai lagi pemimpin yang tidak berubah sikapnya dalam membela rakyat.

Seharusnya dengan kehilangan undi popular, hanya mendapat sokongan daripada penduduk kampung dan desa pedalaman, semakin ditolak oleh pengundi bandar, separa bandar, golongan muda dan terpelajar serta hanya 23 kerusi yang memisahkan BN dengan tampuk kuasa, sikap, pemikiran dan perangai pemimpin hendaklah berubah sama.

Bukan saja tidak sepatutnya ada lagi kedengaran pemimpin atau menteri bergaya mewah dan berlagak sombong, bahkan tidak seharusnya juga ada pemimpin yang mengatakan jangan makan ayam bila harga ayam semakin mahal, tanam sayur sendiri bila harga sayur mahal, pindah ke luar negara jika tidak setuju dengan undang-undang negara dan jangan beli rumah kalau harganya makin mahal.

Perangai dan pemikiran menteri yang sedemikian tentulah menyebabkan rakyat makin muak dengan UMNO. Perangai pemimpin seperti ini bukan menunjukkan mereka membela rakyat tetapi pembuli rakyat. Jawatan, amanah dan kuasa yang ada bukannya digunakan untuk meringankan beban hidup rakyat, sebaliknya semua kegagalan sebagai pemimpin cuba diletakkan bebannya kepada rakyat.

Rakyat juga muak dan menyampah dengan menteri yang hanya tahu memberi amaran dan menggunakan isu-isu dalam masyarakat seperti jenayah dan sebagainya untuk menaikkan populariti diri sendiri sedangkan tindakan atau hasilnya asyik ke laut saja.

Apabila ada pemimpin kecil seperti Jazlan mengatakan kebenaran dan memberitahu rakyat sudah muak dengan UMNO, pemimpin besar seperti Hishammuddin janganlah pula jadi sasau kerananya. Terimalah hakikat dan diri sendiri pula mungkin sebahagian daripada punca rasa muak rakyat terhadap UMNO selama ini.

Jika Jazlan dituduh mencari populariti dengan mengkritik UMNO, bukankah tindakan Hishammuddin mempertahan, malah memuji-muji UMNO sehingga ke langit itu lebih bersifat meraih populariti dan mencari undi juga walaupun sikap itu turut menambahkan lagi rasa muak rakyat? - HARAKAHONLINE

Onn Hafiz Tawarkan Diri Bertanding Exco Pemuda #OnnHafiz4Exco

$
0
0
Walaupun berasal daripada keluarga politik terkenal tanah air, namun Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong Onn Hafiz Ghazi amat mesra dan senang didekati.

Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong dan Exco Pemuda Pusat, bertekad mahu membantu dalam memastikan Umno terus kekal sebagai pejuang tunggal bangsa Melayu dan agama Islam.

"Saya lihat bahawa parti Umno adalah satu-satunya parti yang akan terus membela nasib orang melayu dan agama Islam di negara ini. Saya ingin menjadi sebahagian daripada pasukan utama Pemuda yang akan melihat kepada nasib dan hala tuju orang Melayu muda," katanya kepada Malaysian Digest.

Onn Hafiz, 35, yang pernah bertugas di syarikat perakaunan PricewaterhouseCoopers (PwC), cicit kepada pengasas Umno (Allahyarham Datuk Onn) dan cucu kepada Perdana Menteri ketiga (Allahyarham Tun Hussein Onn) mahu berdiri di atas kaki sendiri dalam perjuangan politiknya.

Hubungan kekeluargaan sebagai anak saudara Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilihat sebagai satu kelebihan kepadanya di dalam dunia politik kerana jasa Hishammuddin sebagai mantan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.



“Saya telah berkhidmat dan dilatih dibawah beliau (Dato Seri Hishammuddin) selama tujuh tahun dan banyak yang telah saya pelajari. Keikhlasan untuk berjuang demi agama dan bangsa sentiasa di titik beratkan.

"Dengan pengalaman dan tunjuk ajar yang saya terima, saya rasa sudah bersedia untuk berkhidmat dan membantu Pemuda di peringkat nasional.

Ditanya tentang penerimaan anggota Pemuda Umno terhadap tawarannya untuk merebut satu daripada jawatan Exco Pemuda Pusat, Onn Hafiz berkata, penerimaan daripada anggota Pemuda Umno seluruh negara adalah menggalakkan.

"Alhamdulillah, sambutan mereka terhadap saya setakat ini adalah baik dan saya berdoa agar mendapat sokongan daripada rakan-rakan perwakilan Pemuda Umno," katanya.

Tambah beliau, jawatankuasa Pemuda Bahagian Sembrong juga sebulat suara menyokongnya untuk bertanding Ketua Pemuda Sembrong bagi menggantikan Ariffin Nan yang berhasrat bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian. - SUMBER

#HariMalaysia50: Abaikan Chin Peng, Dahulukan Ketuanan Kita! #OneBro4NKP #@AzwanBro

$
0
0

Sejarah perjuangan tanah Melayu perlulah diketahui oleh semua orang khasnya orang muda. Kerakyatan tidak akan bermakna jika kita tidak tahu asal-usul kita. Sejarah kita adalah pengajaran bagi kita, adalah panduan perjuangan kita. Generasi muda Melayu perlu mengetahui kepentingan perpaduan, sejarah kejatuhan kerajaan Melayu dan ancaman terhadap ketuanan Melayu yang ada di mana-mana sama ada dari dalam negara, mahupun luar negara. Lebih-lebih lagi Melayu itu dikaitkan dengan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Maka sudah pasti musuh Melayu, juga adalah musuh Islam yang bersifat sejagat dan senantiasa berusaha menjatuhkan pengaruh Islam.

Cabaran masa depan Melayu yang semakin kompleks memperlihatkan betapa bangsa Melayu perlu bijak dalam mempertahankan ketuanannya. Bermula dengan institusi raja-raja, diikuti dengan kekuatan politik, ekonomi serta tahap intelektualnya. Jika kita berpadu dalam semua aspek ini, barulah kedaulatan dan ketuanan itu dapat terpelihara selamanya. Namun, apakah generasi muda mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang secukupnya dalam semua aspek ini? Inilah persoalan yang amat membimbangkan kerana orang Melayu sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima keadaan seandainya ketuanan mereka hilang sama ada secara langsung atau sebaliknya.

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” -3:103

Oleh yang demikian, kita tidak boleh lagi menyingkap punca perpecahan dan perbalahan Melayu itu sendiri. Sebaliknya kita sebagai anak muda Melayu yang masih punya kuasa perlu menyusun strategi dan bertindak segera memperbaiki keadaan. Jika kita terpaksa berkorban demi perpaduan Melayu, maka pengorbanan itu mesti dilakukan. Melayu di Malaysia perlu melihat sedalam-dalamnya rumpun Melayu di negara sekelilingnya.

Namun begitu, kita seharusnya ingat bahawa kejayaan yang dicapai Malaysia pada hari ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana usaha yang dilaksanakan pimpinan negara dari dulu lagi yang bertindak atas dasar yang adil dan saksama tanpa mengira kaum serta berlandaskan gagasan 1Malaysia.- AzwanBro.Com

#YBShamsulAnuar4MT: Kenali Calon Ahli Majlis Tertinggi No.02, Dato' Shamsul Anuar Haji Nasarah!!

$
0
0

YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dilahirkan pada 1 JUN 1967 , di Kampung Luat, Lenggong Perak. Memulakan kerjaya sebagai pendidik (Guru - 1992-1999), bagaimanapun meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan (1999-2004).

Selepas Pilihanraya ke 11 beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2004-2007). Dan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dalam gerakan belia serta politik beliau meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam Pilihanraya ke-12 diberi mandat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Lenggong setelah memenangi Kerusi P055 Parlimen Lenggong.

Dalam dunia politik, menjadi ahli UMNO seawal usia 18 tahun. Selain memimpin di peringkat cawangan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996–1998), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000), dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000).

YB Dato Sahamsul juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000-2004) kemudian bertukar ke UMNO Bahagian Lenggong sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004-2008), Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008-kini), manakala di peringkat UMNO Pusat sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009), sebagai Pengerusi Biro Belia Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009) dan juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009-kini).

Pertama kali bertanding dalam PRU ke 12, atas Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P055 Lenggong. YB Dato’ Shamsul Anuar Haji Nasarah menang dengan memperolehi 10,992 undi serta mejoriti 4,919 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Zulkifli Mohamad Zakaria yang hanya memperolehi 6,073 undi. Pada PRU13 beliau sekali lagi bertanding dan menang atas tiket BN di P055 Lenggong setelah menewaskan calon PAS.

Mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam gerakan belia kerana telah mulai menyertai dan memimpin pertubuhan belia sejak berumur 15 tahun dari peringkat kampung, daerah, negeri dan Kebangsaan termasuk memegang beberapa jawatan belia di peringkat antarabangsa.

Terlibat di peringkat negeri sebagai EXCO Majis Belia Perak (1993-2000), Naib Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2000-2004) dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak (2004-2005) dan di peringkat kebangsaan sebagai EXCO Majlis Belia Malaysia (2000-2002), Naib Presiden Majlis Belia Malaysia, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, dan Presiden Majlis Belia Malaysia (2006-2009).

Manakala di peringkat antarabangsa terlibat dan memegang beberapa jawatan di Pertubuhan Belia ASEAN (CAYC) , Pertubuhan Belia Asia (AYC) dan Perhimpunan Belia Sedunia (WAY). Semasa dalam gerakan belia beliau terlibat dalam banyak program, seminar dan sebagainya samada sebagai peserta atau pembentang kertas kerja dalam dan luar negara serta terlibat dalam beberapa penggubalan dasar Kementerian Belia Sukan Malaysia seperti Dasar Belia Negara, Pelan Induk Pembangunan Belia Negara dan Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia 2006.

Beliau adalah bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (2009 – Kini) dan,pernah menjadi Pengerusi Institut Penyelidikan Dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBN), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (2007 – 2009).

Sekarang beliau adalah Pengerusi Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), beliau menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan Institut Bahasa Kuala Lumpur,dan kemudian lulus dalam bidang Kaunseling dari Universiti Malaya, dan kini sedang menyiapkan tesis untuk Master Of Art (Sosiologi) di College of Law, Government and International Studies, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau berkahwin dengan Datin Hamisah Binti Hussin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, seorang perempuan dan dua orang lelaki. - YY

#PemilihanUMNO: Harapan @AzwanBro, Harap Lebih Ramai 'Zuriat UMNO Dilahirkan #OneBro4NKP

$
0
0

"Ingin aku lahirkan zuriat UMNO"

Itulah kata-kata yang dilemparkan oleh seorang daripada Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi Pemilihan UMNO kali ini, Khairul Azwan Harun. Slot ini adalah ketika

Slot Wacana Kerusi Panas - Calon NKP.

Menurutnya, 'zuriat UMNO' yang mahu dilahirkan sekiranya diberi peluang untuk memangku jawatan yang ditandinginya ialah mahu melahirkan barisan Pemuda yang terdiri daripada teras yang sangat padu.

Azwan berharap dapat melahirkan pemuda yang dipenuhi Taat setia kepada perjuangan asas UMNO dan mempunyai ideologi tinggi. Selain itu, melalui transformasi yang kita kecapi sekarang, haruslah kita sedar dan hayati perjuangan yang diperjuangkan nenek moyang kita sehinggalah UMNO yang berusia 56 tahun kini.

Harapan Azwan, berharap lebih ramai lagi barisan pemuda yang memperjuangkan dasar UMNO dapat dilahirkan. InsyaAllah.

#PemilihanUMNO: Jika Pergerakan Puteri Mahukan Perubahan, Pilih No.3.. @NazliahAli #Nazliah4NKPUM

$
0
0

Gempal, gebu dan gedik...

Itulah label yang diberikan oleh sesetengah pihak kepada anggota Pergerakan Puteri UMNO, malah perkara ini pernah dibangkitkan oleh salah seorang perwakilan puteri dalam Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini. Tetapi keadaan fizikal yang gemuk, gempal atau gebu bukanlah masalah yang menjejaskan sayap Puteri.

Sebaliknya tanggapan Puteri UMNO itu terdiri daripada mereka yang 'gedik' merupakan masalah yang perlu difokuskan oleh calon yang bakal mengisi jawatan nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan tersebut.

Bagi jawatan Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia di mana tiga calon yang menawarkan diri, saya merasakan Nazliah Ali wajar dipilih serta diberikan peluang untuk mengisi jawatan Naib Ketua Puteri.

Ini kerana latar belakang Nazliah Ali yang bertugas sebagai Pengurus Syarikat Al-Baghdadi Learning Centre (ALC) iaitu sebuah pusat mengaji Al-Quran mampu mengubah persepsi dan tanggapan negatif kononnya Puteri UMNO terdiri daripada mereka yang gedik-gedik.

Nazliah Ali Ketua Puteri Tawau menyerahkan cenderahati kepada ADUN Titingan

Cik kak..

Budak-budak perempuan sekarang tak suka you gedik, you seksi, you rambut merah, gincu menyala sehingga berbatu-batu dapat dilihat. Sebaliknya mereka senang mendekati individu yang dilihat berpewatakkan muslimah. Mereka lebih suka hadir ke program yang diisi dengan ilmu-ilmu agama bukan tarian poco-poco.

Percayalah cakap saya cik kak, buktinya tengok sajalah bagaimana sambutan anak muda golongan wanita ini terhadap program Malam Cinta Rasul dulu.


Selain itu Nazliah Ali juga dilihat mampu menarik minat golongan muda untuk menyokong parti menjelang PRU14 berdasarkan pengalamannya dalam penyelidikan gerak saraf dalam bidang sosiopolitik dan agama serta bertanggungjawab menyusun strategi dan perancangan serta menyediakan pelan tindakan untuk Pilihanraya 2008 bagi peringkat Parlimen Tawau.

Cik Kak oii...

Jangan lupa no.03

#PemilihanUMNO: Blogger @MyMassa Gaduh Dengan @BroJinggo Pasal @KhairyKJ? #KJ4KP

$
0
0

Beberapa hari lepas, ketika kami mengimbau peranan MyTeam dalam membawa sinar transformasi kepada arena bolasepak Negara, ramai yang mencemuh. Ada yang kata itu semua "tunggangan" KJ untuk menaikkan namanya dalam bidang politik. Ada pula yang tanpa fakta kukuh cuba membawa sentimen silam dengan menuduh KJ sebagai seorang liberal, kaki seleweng dan macam-macam perkara buruk lagi. Tidak kurang juga yang tanpa sebarang sebab, terus memaki hamun dengan carutan.

Kami ingin bertanya kepada mereka yang bersikap sedemikian rupa, apakah itu wajah pejuang Melayu yang tulen? Apakah nasib orang Melayu akan terbela dengan caci maki dan carut marut?

Apakah seseorang itu boleh dikira sebagai seorang pejuang bangsa hanya dengan menghunus keris dan menjerit-jerit semangat Melayu? Tanpa disusuli sebarang usaha yang serius dan konkrit, orang Melayu akan terus lemah dan tidak mampu bangkit.

Apakah salah YB KJ membawa arus transformasi dalam merubah cara bagaimana orang Melayu berfikir dan bertindak tanpa menggadaikan asas prinsip hidup mereka sebagai seorang Islam dan Melayu? Bukankah lebih bijak jika orang Melayu itu terus berusaha keras tanpa dilihat sebagai ancaman kepada kaum lain di negara ini? Sedar-sedar sahaja kita sudah pun menguasai semuanya. Mahu atau tidak, kita harus berubah, terutamanya dari segi pemikiran kerana kita bukannya hidup di zaman 50 an, 60 an dan 80 an lagi.

Mana yang lebih baik, seorang yang mengaku sebagai pejuang Melayu, tetapi tidak berbuat apa-apa langsung, atau seorang yang tidak gemar bermain dengan retorik bangsa ini, tetapi tidak henti-henti mengangkat nasib anak bangsanya, dan dalam masa yang sama tidak dilihat sebagai ancaman kepada sesiapa? Teruskan membaca klik disini...

#Pemilihan UMNO: Pencalonan Semula @tunfaisal Buktikan Suara Pemuda Dan Pejuang Maya Diktiraf.

$
0
0
Tun Faisal Ismail Aziz, yang kini dibenarkan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, menyifatkan penyenaraian semula namanya sebagai calon MT membuktikan suara pergerakan Pemuda diambil kira pimpinan tertinggi parti.

Sambil melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tun Faisal berkata, keputusan itu tepat dan mengambil kira merit cadangan pergerakan itu, sekali gus membuktikan institusi Pemuda Umno dihormati.

"Secara tidak langsung, keputusan ini menerima keadaan yang seseorang Exco pergerakan mempunyai merit untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi berdasarkan sumbangan, pengalaman dan kedudukannya dalam hierarki parti," katanya kepada Bernama.

Jawatankuasa Pemilihan Umno hari ini mengeluarkan senarai muktamad calon yang layak bertanding bagi pemilihan parti 2013.

Tun Faisal, yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda pusat, merupakan antara empat calon Pemuda yang mendapat sokongan sayap untuk bertanding jawatan MT namun tidak disenaraikan kerana tidak pernah menjadi anggota Jawatankuasa Bahagian atau MT.

Beliau kemudiannya membuat rayuan dan Jawatankuasa Pemilihan membenarkannya bertanding berdasarkan pertimbangan yang dibuat MT dan Jawatankuasa Pemilihan demi kesempurnaan perjalanan parti.-SINAR

Media Sosial Bukan Sekadar Hiburan, Jangan Sampai Tersilap Langkah.

$
0
0
Penggunaan media sosial untuk menyebarkan hal remeh dan hiburan semata-mata perlu diubah kepada tujuan yang lebih produktif, saran Ketua Pengarang Kumpulan Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A. Kadir Jasin.

A. Kadir yang juga bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkata antara pendekatan yang boleh diambil ialah memperkaya dunia ilmu dan penyelidikan supaya Malaysia boleh menjadi pengeluar kepada bahan-bahan media baharu dan Internet.

"Penerimaan media baharu yang berasaskan Internet sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah dalam beberapa hal sudah mengatasi media tradisional.

"Cuma saya rasa kita perlu fahami adakah kita menggunakan media baharu untuk tujuan yang produktif atau sekadar hiburan," katanya kepada pemberita di luar forum Trend Media Massa di Negara-negara Membangun di sini hari Khamis.

Forum anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Suruhanjaya Kebangsaan Unesco Malaysia itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Dr Rothiah Omar.

A. Kadir berkata Malaysia boleh mencontohi negara-negara maju yang lebih mengutamakan penyelidikan pembinaan program dan penggunaan Internet secara produktif untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

Sehubungan itu beliau yang juga anggota panel forum, berkata sudah tiba masanya kajian terperinci dibuat untuk melihat kedudukan Malaysia dalam pengunaan media baharu dan Internet supaya penambahbaikan boleh dilaksana.

Sementara itu Pengurus Besar Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata penggunaan media sosial kini diterima semua lapisan masyarakat kerana teknologi baharu berkenaan membolehkan rakyat mendapat akses kepada pelbagai perkara.

"Tetapi dalam media sosial mungkin ramai orang ingat tiada batasan. Jadi apa-apa pun mereka akan hantar dan kongsi. Jadi inilah beza peranan media sosial dan arus perdana.

"Kita perlu ingat seperti dinasihatkan SKMM, bahawa undang-undang untuk 'online' dan 'offline' itu sama. Kita perlu menghormati undang-undang dalam negara dalam apapun yang ingin dikongsikan," katanya yang juga moderator dalam forum itu.

Yong berkata trend berkongsi maklumat atau gambar yang 'tidak manis' atau mengerikan menerusi media sosial juga perlu dikawal kerana perbuatan itu membawa pelbagai kesan buruk.

"Dalam keghairahan untuk menyebarkan (gambar) kerana kita ada di tempat itu dan hendak dapatkan nama, kejayaan itu tidak manis kerana kita telah menggunakan kepahitan atau kesedihan sesuatu perkara untuk mendapat nama dalam arena media sosial," katanya.

Sementara itu, Rothiah dalam ucapannya berkata kementerian berkenaan terbuka menyokong perkembangan trend media di negara ini terutama berhubung peranan media sosial dalam berkongsi berita serta maklumat.

Katanya kementerian juga bersedia untuk bekerjasama rapat dengan media ke arah transformasi dalam penyebaran komunikasi dan maklumat demi kebaikan rakyat dan pertumbuhan negara.

"Di Malaysia kita ada 17.5 juta pengguna Internet, 11 juta pemilik akaun Facebook, dua bilion SMS setahun dan angka ini terus bertumbuh setiap hari bagi memenuhi permintaan orang ramai," katanya.

AWANI

#KonsertDestini: Apakah Yang Tersirat dan Tersurat Disebaliknya? Disini Pengenalannya.. @aizuddin_MAG @mynameisrossa @ctnurhaliza11

$
0
0

Butiran konsert adalah seperti berikut:

TARIKH: 20 dan 21 Disember 2013
MASA: Bermula jam 8 malam
TEMPAT: Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam.


ARTIS JEMPUTAN


Rossa juga turut hadir untuk menghiburkan anda

  • Konsert ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi popular tanah air dan antarabangsa seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Rossa, Pasha Ungu, Dayang Nurfaizah, Hafiz, Adira, Jaclyn Victor dan Awie.

TIKET DAN TEMPAT DUDUK
  • Harga tiket yang ditetapkan adalah bermula dari RM30 (Level 2), RM80 (Level 1), RM200 (Ground Floor 1), RM300 (Ground Floor 2), RM500 (Ground Floor 3) & RM1,000 (VIP). 
  • Tempat duduk adalah BEBAS.
HAMPARAN LAKARAN LOKASI TEMPAT DUDUK DIDALAM DEWAN AGUNG CANSELORI, UiTM SHAH ALAM SEWAKTU KONSERT BERLANGSUNG

PROSES PEMBAYARAN

PERINGATAN:Pembayaran tiket boleh dibuat sebelum 15 November 2013. Sekiranya tiada pembayara dibuat selepas tarikh tersebut, tempahan yang dibuat terbatal secara automatik.





NO. AKAUN BANK CIMB YDAB: 1277-0001-679103

1. Melalui CIMB CLICKS atau melalui Cash Deposit Machine (CDM) ke akaun bank CIMB YAYASAN DESTINI ANAK BANGSA.



2. Emailkan resit transaksi ke alamat emel berikut: konsertdestini2013@gmail.com

ATAU

3) WhatsApps no. transaksi/ no. resit ke TEL: 019-6704734

LOKASI UNTUK MENGAMBIL TIKET

Tiket-tiket yang telah ditempah boleh diambil di lokasi dibawah bermula hari konsert berlangsung (20 November 2013):

1) Canseleri UiTM, Shah Alam (kaunter mula dibuka pada 13 Nov 2013, 9 pg - 5 ptg)

2) Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA) UiTM, Kampus Puncak Perdana.
Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM, Shah Alam.

3) Pejabat YDAB beralamat dibawah:

7-3 Setia Avenue,
Jalan Setia Prima (S) U13/S,
40170, Shah Alam.
(Tel. : 03-3343 5080)


LAMAN SOSIAL


Follow Twitter @YDABDiHatiku dan @Jelajah_UiTM untuk info atau maklumat terkini. Manakala hashtags yang digunakan sebagai bahan rujukan anda ialah #LiveUpdate #KonsertDestini untuk mengetahui tentang promo, perkembangan mahupun apa-apa perubahan terkini konsert ini.

FOLLOW TWITTER & INSTAGRAM RASMI CEO YDAB - @aizuddin_MAG


Sebarang kemusykilan, boleh terus hubungi no. telefon dibawah atau layari laman sesawang yang diberi:

#KonsertDestini: RM2j Disasarkan Bagi Membantu Pelajar Miskin. @mynameisrossa @ctnurhaliza11 @aizuddin_MAG

$
0
0
Ayuh kita berhibur sambil beramal! Untuk membuat tempahan tiket boleh hubungi:

019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186



Dipetik dari laman blog YDAB:


Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2 juta pada Konsert Destini yang bakal diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini pada 20 dan 21 Disember depan.

Dato Aizuddin sedang memberi penerangan kepada pemohon sewaktu penjelajahan kali pertama, Jelajah Destini Anak Bangsa 2012 (JDAB 2012) di Bagan Datoh, Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali berkata, dana tersebut akan digunakan bagi membantu meringankan beban penuntut universiti itu daripada kalangan keluarga miskin.

"Selain penuntut UiTM dana itu juga akan disalurkan ke Tabung Pendidik Anak Bangsa YDAB bagi membantu pelajar berpotensi untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di universiti tersebut," katanya kepada mStar Online.

Datuk Siti Nurhaliza (dua dari kanan) dan Amy Search (kiri) bersama individu yang terlibat dalam Konsert Destini. 
Mohd Aizuddin ditemui semasa sidang media konsert berkenaan yang diadakan di Hotel Blue Wave di sini pada Rabu.

Seramai sembilan orang artis terkenal akan membuat persembahan pada konsert berkenaan iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy (Search), Rossa, Pansha (Ungu), Awie, Adira, Hafiz, Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah.

Program berkenaan adalah di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Rossa
Dalam pada itu, Mohd Aizuddin berkata, setakat ini tiket berharga RM1,000 sudah habis terjual dan perkembangan itu cukup memberangsangkan.

Malah katanya lagi, secara keseluruhan sebanyak 2,000 keping tiket telah terjual setakat ini.

"Dewan tersebut mampu memuatkan 3,750 penonton pada satu-satu masa dan sambutan hangat daripada penonton membuatkan kami mengambil keputusan untuk mengadakan persembahan itu selama dua hari," jelasnya.

Tambahnya lagi, setiap artis akan menyampaikan dua buah lagu manakala Siti Nurhaliza dan Amy akan mendendangkan tiga buah lagu.

Persembahan kesemua penyanyi pada malam itu nanti akan dipimpin oleh pengarah pemuzik, Edrie Hashim.

Sementara itu, Mohd Aizuddin berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan nama-nama besar dalam industri muzik bagi menjayakan persembahan itu.

Malah katanya, rata-rata artis tidak mengambil masa panjang untuk bersetuju apabila mengetahui tujuan konsert itu diadakan adalah bagi membantu mereka yang memerlukan.

"Seperti hari ini (Rabu) Rossa tidak dapat hadir tetap dia akan datang ke Shah Alam minggu hadapan untuk melawat UiTM bersama-sama anak-anak yatim. Komitmen semua artis amat kami hargai," jelasnya.

Selain berharga RM1,000 turut dijual tiket berharga RM30, RM80, RM200, RM300 dan RM500.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi 019-6704734 / 013-3959839 / 03-79622186.

#KonsertDestini: Jangan Lepaskan Peluang Untuk Bertemu @mynameisrossa Esok! #YDABLoveRossa

$
0
0

MAJLIS RAMAH MESRA "YDAB LOVE ROSSA"

Berikut ialah Jemputan Media ke majlis sempena Promo Konsert Destini esok. Dengan berbesar hati anda boleh menggunakan maklumat ini untuk menjemput rakan media yg anda kenali.

Program : YDAB Love Rossa
Tarikh : 26 November 2013 (Selasa)
Masa : 4.30 Petang - 5.30 Petang
Tempat : Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam
Artis Jemputan : Rossa


Sukacita dimaklumkan, YDAB dengan segala hormatnya menjemput pihak media elektronik dan media cetak untuk membuat liputan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang dinyatakan di atas. Kehadiran Tuan/Puan amat kami harapkan. Sekian, terima kasih.

KLIK SINI UNTUK INFO PENUH

Selepas Selangor, Pulau Pinang Pula Naikkan Gaji ADUN.

$
0
0
Kerajaan Pulau Pinang pada Jumaat (semalam) telah mengumumkan kenaikan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kepada RM6,000 sebulan berkuat kuasa 1 Januari ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Jumaat, berkata elaun ketua pembangkang juga dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sebulan.

“Kerajaan negeri sedar bahawa elaun anggota dewan undangan negeri sebanyak RM4,112.79 sebulan tidak berubah sejak Januari 2004 dan jumlah ini tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada anggota-anggota dewan undangan negeri.

“Oleh yang demikian kerajaan negeri telah bersetuju untuk meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan)(Pindaan) 2005 supaya kadar elaun bulanan ditambah kepada RM6,000 yang akan dibayar pada 1 Jan 2014,” katanya.

Pulau Pinang mempunyai 40 Adun dan 10 daripadanya adalah Adun BN yang diwakili oleh Umno.

Lim yang ditemui pemberita kemudian enggan mengulas sama ada gaji ketua menteri dan exco juga akan turut dinaikkan.

“Saya hanya sebut apa yang saya sebut dalam Dewan,” katanya.

Dalam pembentangan bajet negeri itu Lim turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM700 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan.

“Keseluruhannya, pemberian bonus kerajaan negeri kepada perkhidmatan awam dalam tahun 2013 ialah satu bulan gaji. Guru-guru dan penyelia Kafa (Kelas Agama dan Fardu Ain) juga akan diberi sebanyak RM400 seorang,” katanya. - BNBBC

Daim dikecualikan Dari Orang Terkaya di Malaysia?

$
0
0

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar telah mempersoalkan mengapa bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah ketinggalan dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia disusun oleh Malaysian Business.

Beliau berkata bahawa ia adalah "sangat pelik" kerana persepsi orang ramai ialah Daim dan anaknya Datuk Wira Dani Daim dalam kumpulan ultra-kaya.

Shamsul Iskandar menegaskan bahawa anak sulung bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahathir berada di tempat kesembilan terkaya dengan aset bernilai RM4.22bil.

Beliau menambah, bahawa senarai itu dinaikkan kerana orang ramai boleh menelitinya, termasuk ini Mokhzani, jika mereka ingin.

"Mengapa 'Malaysian Business' tidak pergi ke dalam aset Daim? Adakah terdapat sesuatu yang ia mahu menyembunyikan?

"Sebagai Ahli Parlimen, saya perlu dipersoal," kata Shamsul Iskandar, sambil menambah bahawa beliau pasti yang Daim dan anaknya tersenarai dalam kumpulan itu.

Dalam 16 Feb isu majalah itu, ia melaporkan bahawa kekayaan gabungan 40 individu terkaya di Malaysia telah melonjak kepada RM215.82bil pada 18 Jan tahun ini.

Ia berkata bahawa ini adalah peningkatan 11.73% daripada RM194.86bil tahun yang lalu, dengan berpangkalan di Hong Kong Robert Kuok mendahului senarai dengan aset bernilai RM54.48bil. Ahli perniagaan Tan Sri T. Ananda Krishnan melonjak dengan aset bernilai RM33.19bil, kebali pada kedudukan kedua sejak tahun 2004.

Pengasas dan pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, juga mengekalkan kedudukan ketiganya dalam senarai dengan aset yang bernilai RM18.07bil - [bahasa] - sumber

Komen:

Tun Daim dikecualikan dari termasuk dalam list orang terkaya??kegilaan apakah ini??apa lagi muslihat kerajaan Malaysia?tak cukup lagi ke penipuan untuk menghalalkan cara?? Apakah teori konspirasi yang mereka cuba buat bila kecualikan tun daim dari senarai manusia terkaya?apa yang depa cuba sembunyikan??adakah rahsia harta tun daim terlalu sulit untuk dinilai??atau adakah harta tun daim tidak dinilai?? Kenapakah Tun Daim diberi keistimewaan sebegitu rupa?kenapa??kenapa dan kenapa??? Tolong sebarkan.rakyat berhak tau kenapa boleh jadi macam ni. SEBARKAN..terima kasih
Viewing all 48 articles
Browse latest View live