Tempohari Anwar ada mengeluarkan kenyataan kononnya Daim diantara menteri kabinet paling rasuah di Malaysia.
Anwar sibuk tunjuk orang sana sini.. tapi apa ceritanya?
Baca berita dibawah ini,
KAJANG 3 MAC: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara Menteri kabinet paling rasuah apabila menggunakan proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Sebenarnya Anwar pun diantara menteri kabinet yang bermasalah. Menyusun kroni disetiap kementerian dan jabatan kerajaan. Malah Anwar pernah cuba mengawal semua media kerajaan dibawahnya. Hinggakan berita TV akan keluar cerita Anwar dulu berbanding Perdana Menteri.
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.
"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya.
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar dalam ceramah di Taman Saga Emas di Kajang sempena perasmian bilik gerakan jentera dDaerah Mengundi Bandar Kajang.
Kata Anwar pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan.
"Jika Najib punya integriti, dia perlu bertanggung jawab dengan apa yang dilakukan dan apa yang dicuri oleh Tun Daim Zainuddin dan bagi balik kepada rakyat, " kata Anwar.
"Kalau tidak bercakap, mereka ingat macam orang (rakyat Malaysia) tidak tahu, " katanya.
Hadir sama Cdalam program ceramah tersebut ialah ahli parlimen Kepong, Tan Seng Giaw, Adun Taman Templer, Tuan Zaidi Abdul Talib pimpinan KEADILAN Selangor. - KeadilanDaily
Daim pulak biasa la, bisnesman. Bila orang bisnes masuk politik, dah tentu dibisneskan politik ni. Sudah tentu Daim bertambah kaya bila jadi menteri kewangan.
Sebab tu Anwar dengki, dia pun kaya, tapi tak selicik dan sebijak Daim.
Daim tu nampak saja diam.. tapi diamnya berisi. Berbillion-billion jugak dalam poket. Hakikatnya.. ini dua orang sama jenis saja.